HOMESTAY&CHALET

[IKLAN] ANA HOMESTAY & CHALET KG BAGAN LALANG, SEPANG


Untuk pengetahuan semua, family cikros ada run business homestay di Kg Bagan Lalang. Lokasinya disebelah masjid kg bagan lalang. senang je nak cari sebab betul-betul di jalan utama nak menghala ke pantai. Jadi, siapa yang datang ke area sepang bolehlah cuba try duduk menginap di homestay/chalet kami. Cikros sarankan korang untuk booking lebih awal dulu lagi-lagi waktu cuti sekolah dan musim perayaan sebab bilik selalu penuh, laku keras macam pisang goreng panas. haha
colour oren tu chalet
ruang tamu homestay
Ramai jugak sebelum ni customer yang tempah untuk rombongan kenduri kawinConvoi rider motor besar/klasik setiap tahun memang dah confirm untuk event motogp, sebab homestay kita pon dekat je dengan F1 Circuit lebih kurang 20minit. 

So, kalau ramai-ramai ni selalunya kita akan bagi homestay, rumah besar ada 5bilik tidur. Setiap bilik tidur ada 1katil saiz queen dan aircond disediakan. toilet ada 3, semua ada shower dan tandas duduk. bahagian ruang tamu, hall disepanjang bilik tidur ada ruang yang luas. jadi kita akan advice customer bawa toto,bantal tambahan dari rumah siap-siap sebab kita akan cas kalau anda nak toto dan bantal extra. hehe
bilik di homestay
Apa lagi kemudahan dekat homestay? kita ada sediakan telekung/sejadah dan tualaTv ada astro. nak memasak pon boleh, semua kelengkapan memasak dari pisau, pinggan, mangkuk, kuali, periuk, jug air semua ada. petiais pon ada. mesin basuh pun ada. nak barbeque pon boleh, kita ada sediakan tempat memanggang, cuma bawaklah arang dari rumah. kalau nasib baik, ada customer dah tinggalkan arang yang lebih. 
lengkap! semua ada.
Ada juga customer yang taknak memasak, dia nak servis ala-ala grabfood. sarapan dan makan tengahari hantar dekat homestay. kita boleh tolong sebab ada catering/tukang masak yang boleh masakkan dan hantar sampai depan pintu bilik. tapi make sure kuantiti order mestilah banyak, baru diorang boleh tolong masakkan. kalau tidak, carilah makanan dekat pantai atau pekan.

Macam mana family kecil atau travel solo? sebab homestay terlalu besar kan? sebelah homestay kita ada 4buah bilik chalet. setiap bilik ada 2katil queen, aircond, tuala, sejadah, tv dan astro. maximum 4orang dewasa dan 2kanak-kanak. ada satu hari tu, customer tak jujur, kata 1 kereta sahaja, tapi bila malam sampai 3kereta untuk 1bilik. cuba la bayangkan macam mana boleh share 3kereta dalam 1bilik sampai air tangki habis. customer lain nak mandi terpaksa tunggu sampai air tangki penuh semula. oh ya, free wifi dari smartselangor pon ada sebab sebelah homestay adalah perpustakaan awam dan surau. cuma tinggal daftar dan guna wifi tu sebab wifi dia memang laju. terbaik!
2katil queen untuk 1 bilik/chalet.
ruang dapur/memasak untuk customer chalet. asing dari homestay.
Kalau customer chalet nak masak pon boleh, ada ruang dapur boleh digunakan diluar bilik. asing daripada customer homestay lah. washing machine sahaja kongsi untuk semua penghuni. jadi, kalau nak buat air panas semua dekat ruang dapur tersebut. customer chalet kalau nak bbq pon boleh, ruang parkir besar kiri kanan boleh guna. 

Yang penting, harga boleh dirunding untuk penginapan lebih dari 2malam. boleh contact call/sms/whatsapp Pn Ana 017-2647561. Disini, saya berikan range harga untuk chalet dan homestay. anda boleh lihat iklan di mudah.my kalau-kalau post disini terlalu lama dan tak diupdate. check in 2pm, check out 12pm.
    >>Homestay 2hari 1malam=RM350-450
    >>Chalet 2hari 1malam=RM80-120
Semua bergantung kepada bilangan customer, hari biasa atau cuti sekolah/musim perayaan dan bilangan hari menginap. lagi lama lagi murah rate harga untuk semalam. 

Sekiranya ada majikan yang mahu meletakkan pekerja anda untuk tempoh sewa berbulan atau tempoh jangka masa lama juga dialu alukan. ramai juga customer yang sewa 2minggu hingga 2bulan sebab ada kerja contract di sekitar pantai bagan lalang. memang terbaik. sekian sahaja, yang penting boleh terus contact pn ana 0172647561. bye-bye!

No comments:

Post a Comment